Tuesday, March 27, 2007

Seminar Islam Itu Mudah (Sabtu 16 Jun 07, Dewan SK3 USM Penang)

MUQADDIMAH

Penerangan Islam yang sebenarnya, berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah dengan pemahaman generasi Salaf al-Soleh kepada masyarakat hari ini dilihat lebih mendesak setelah sekian lama gambaran Islam telah dimuram dan dihodohkan dengan pandangan-pandangan golongan tertentu yang menyusah, menyempit dan memundurkan.

Hasilnya umat Islam saban hari semakin jauh dari agama. Bagi golongan bukan Islam pula, mereka terus jauh dan jauh dari pemahaman Islam yang sebenar, bahkan sebahagiannya memusuhi Islam disebabkan gambaran yang salah terhadap agama.

Islam yang sebenar adalah sebuah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Islam adalah sebuah agama seperti yang digambarkan di dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagai sebuah agama yang mudah dan jauh dari menyusahkan.

Usaha memurnikan kefahaman agama umat Islam sendiri merupakan suatu yang amat penting. Ini kerana kewujudan umat Islam yang memiliki kefahaman yang jelas dan benar terhadap agama Islam, secara tidak langsung berperanan sebagai wahana dakwah bi al-Hal yang dapat memainkan peranannya yang tersendiri.

Seminar Penerangan Islam anjuran Institut al-Qayyim kali ini yang diberi tajuk "Islam Itu Mudah" merupakan salah satu program yang dirangka bagi mendukung usaha ini. Anda dijemput hadir

Tarikh : Sabtu, 16-Jun-2007

Tempat : Dewan SK3, USM, Pulau Pinang

Panel dan Jemputan

1- Sahibus Samahah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

2- Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid (Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)

3- Ustaz Maszlee Malik (Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)

4- Brother Shah Kirit Kalkulal Govindji (Pendakwah Bebas / Pengurus Caw. Saba Islamic Media)

5- Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani (Peguam Sivil dan Syariah)

OBJEKTIF

Objektif program yang digariskan adalah seperti berikut:

i. Kesinambungan daripada program-program sebelum ini yang telah dianjurkan seperti Seminar Sahabat (2004 Perpustakaan Seberag Jaya), Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah (2005 USM), Perhimpunan Tokoh-Tokoh Sunnah (2005 IQ), Konvensyan Sunnah (2006 IQ) yang mendapat penyertaan begitu menggalakkan dari berbagai lapisan masyarakat seluruh negara.

ii. Memberi ruang sesuatu tajuk didiskusi, diseminar dan dibentangkan, dengan harapan maklumat yang jelas berjaya disampaikan kepada masyarakat umum secara meluas dan berkesan.

iii. Membuka ruang kepada perbincangan sihat antara peserta seminar dan panel-panel pembentang kertas kerja.

iv. Menggalakkan sesuatu isu dibincangkan secara ilmiah, jauh dari agakan, dan perkiraan sempit.

PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat dari seluruh negara. Kami menghadkan penyertaan hanya kepada 700 orang peserta sahaja disebabkan ruang dewan dan demi memastikan keselesaan peserta.

Kelayakan adalah berdasarkan pengesahan awal peserta. Oleh itu, daftarlah segera demi memastikan tempat anda.

BAYARAN PENYERTAAN

Penganjuran seminar ini bukanlah untuk mencari keuntungan tetapi di atas dasar penerangan dan penyebaran ilmu-ilmu Islam iaitu salah satu medium dakwah kami. Namun, usaha ini tidak dapat lari dari melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi. Dari itu, kami akan mengenakan sedikit bayaran iaitu sebanyak RM30 seorang InsyaAllah, peserta akan disediakan dengan :

Sarapan pagi, makan tengahari, file/beg percuma, alatulis, buku kertas-kerja, majalah, potongan harga langganan majalah dan lain-lain lagi.

PENYERTAAN

Kepada yang berminat, untuk pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi:

1- Abdul Wahab : 019 4484379

2- Jasni : 019 4482098

3- Abdul Kadir : 013 3499954

4- Khosim Ismail 019-5551234

5- Pejabat IQ : 04 5222691

(458-B, Mukim 18, Mengkuang, 14000 Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, P. Pinang)

Bayaran boleh dibuat samada secara tunai atau bank-in melalui akaun Bank Muamalat, atas nama Dewan Pengajian Ibn-Qayyim: 0701-0001583-71-5 (Faxkan slip anda ke no : 04-5222691)

Sila klik untuk print Poster.

No comments: